Pages

Hai guy... welcome welcome.. Thx alot sbb follow blog ni ye.. x pun BW kat blog ni k, komen k, petik2 ayat skit k.. hehehe.. tanpa kowunk, apa la nak jadi kat blog aku ni.. terharunye sob sob sob... one more, THX A LOT GUYZ, jangan lupa kalo dah blogwalking blog ni, tinggal2 la jejak kat bawah skali blog ni ye.. and one more, for guyz yg bawu2 je jejak kaki or tersilap masuk k, follow2 la.. ala, tak rugi pun... habis malas pun,klik aje.. hehehe :)
sy akan blogwalking ke blog anda secepat mungkin.. Support Us "the MaLaYsian Blogger"

Rakan2ku yg bek2 hati n pemurah 2 sila klik pada ads dibawah atau diatas atau dimana2 shj dlm blog ini ye... Terimas

Dec 27, 2010

Harimau Malaya telan Garuda??? X percaya??? Baca tengokkk...








Malaysia membawa bekal cukup selesa ke Jakarta Rabu ini selepas berjaya menundukkan Indonesia 3-0 dalam final Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Safee Sali membuka tirai jaringan untuk skuad kebangsaan pada minit ke-60 sebelum Asaari Shamsudin menjaringkan gol kedua tujuh minit selepas itu. Safee meletakkan Malaysia berada dilaluan selesa dengan gol ke-4 peribadinya pada kejohanan kali ini sekali gus memberi kemenangan bermakna 3-0 kepada Malaysia.

Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia Rabu ini bagaimanapun isu berhubung 
stadium yang dirusuh oleh rakyat Indonesia bakal menyaksikan perlawanan diadakan di stadium lain sekiranya keadaan kritikal.

Skuad 'Harimau Malaya' ternyata gah untuk membaham skuad 'Garuda' dengan menguasai penuh perlawanan sambil mengamalkan disiplin pertahanan yang cukup tinggi. Bagaimanapun perlawanan terpaksa diberhentikan seketika selepas jurulatih Indonesia, Alfred Riedl cuba memperbesarkan isu laser.

Ketika permainan direhatkan, terdapat segelintir penyokong Indonesia melontar botol minuam ke dalam padang. Sementara itu, Jurulatih Malaysia, K Rajagobal amat berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya.

"Pada separuh masa pertama pemain bermain dengan cara bertahan dan menukar taktik selepas rehat. Pada masa rehat saya beritahu pemain bahawa inilah sahaja peluang pemain untuk mendapat bekalan selesa ke Jakarta nanti," katanya.

"Saya berbangga dengan pencapaian malam ini walaupun perlawanan malam ini dicemari insiden yang kurang disenangi oleh para penyokong, namun pemain negara tidak hilang fokus."

Riedl pula menyifatkan peluang Indonesia untuk merangkul Piala AFF Suzuki buat pertama kali semakin pudar selepas perbezaan jaringan yang besar. "Gol pertama Malaysia memulakan segalanya apabila pasukan Indonesia mulai hilang fokus terhadap permainan. Saya rasa peluang agak tipis untuk menang di Jakarta, tapi kami perlu ambil pelbagai risiko dalam perancangan nanti," jelasnya.

3 comments:

  1. smalam sis target malaysia menang 2-0 je...tup2 dapat lebih dari tu...malaysia terbaik!!!!! :)

    ReplyDelete
  2. haihhh . Safee memang very the gagah kott (:

    ReplyDelete

Ruangan memekik

http://www.meebo.com/rooms